Tuesday 16 June 2015

PERAYAAN DALAM MASYARAKAT IBAN

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau AriEnchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.

Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:
  • Gawai Dayak sebagai hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
  • Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang.
  • Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan pertahanan.
  • Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda.
  • Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia.
  • Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).
  • Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan).
  • Gawai Nimang Bulu.
  • Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang.
  • Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memeberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment