Budaya Masyarakat Iban di Sarawak
Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:
NGAJAT
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-- Ngajat Induk
- Ngajat Bebunoh
- Ngajat Lesong
- Ngajat Semain
- Ngajat Berayah
- Ngajat Pua Kumbu
- Ngajat Kuta
- Ngajat Ngalu Temuai
- Ngajat ““Ngemai antu pala”
Antara Tarian Ngajat yang sering ditarikan oleh masyarakat iban lazimnya ialah " Ngajat Ngalu Temuai".
- Ngajat Ngalu Temuai merupakan sejenis tarian Ngajat yang dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
- Tarian ini dipersembahkan sambil mengiringi tetamu sehingga ke ruai tuai rumah. Tarian ini sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir ke rumah panjang semasa perayaan Hari Gawai atau perayaan-perayaan yang lain. Tarian ini boleh dipersembahkan pada majlis keramaian atau menyambut kedatangan tetamu.
**-- Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
No comments:
Post a Comment