Monday 15 June 2015

James Brooke

  • Lebih dari 150 tahun yang lalu,Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah KesultananBrunei.Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak.Cita-citanya tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei.Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak.Dari tahun 1841 hingga 1941,Sarawak telah diperintah oleh James Brooke,Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.
  • Pada akhir kurun ke-15,Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.[1]Pembesar-pembesar tempatan telah dilantik oleh sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak.Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.
  • Walau bagaimanapun pada kurun ke-19,sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.Beliau telah mengambil alih kuasa politik pembesar tempatan.Pangeran Indera Mahkota telah memerintah dengan tidak adil,ini menyebabkan penduduk tempatan tidak puas hati.Berikutan kegagalan beliau itu,sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan penduduk tempatan.
  • Pada tahun 1840,Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British ynag bernama James Brooke..Beliau telah menerima bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut.Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.Dengan bantuan dan kekuatan tentera James Brooke,Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei.Oleh itu,dia melengahkan pelantikan James Brooke.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.
  • Pada tahun 1842,James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya.Pada tahun 1846,James Brooke telah diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka.

No comments:

Post a Comment