Tuesday 16 June 2015

Kepercayaan

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan besar kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.


Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan atau 'Petara' yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Masyarakat orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi dengan nama-nama berikutnya:
  • Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan
  • Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan
  • Menjaya sebagai dewa perubatan
  • Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan
  • Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah
  • Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan
  • Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong seperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:
  • Mimpi yang baik atau buruk
  • Binatang bisa
  • Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja
  • Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.
Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

No comments:

Post a Comment